Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah


Tengku Razaleigh Hamzah

DK (Kelantan); PSM (Persekutuan); SSAP (Pahang); SPMS (Selangor)
Kelahiran (1937-04-13) 13 April 1937 (umur 87)
PekerjaanAhli politik
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganCik Puan Noor Yvonne Abdullah (k. 1993; m. 2015)
SaudaraTengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah (abang)
Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (anak saudara)
Tengku Anis Tengku Abdul Hamid (anak saudara)
Sultan Muhammad V (cucu saudara)

Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah (lahir 13 April 1937; juga dipanggil Ku Li) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.[1]

Beliau merupakan Bekas Naib Presiden dan Bendahari UMNO dalam tahun 1970-an. Dalam tahun 1988, setelah permohonan beliau ditolak untuk menyertai sebagai ahli UMNO semula, Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau menubuhkan Semangat 46 sebagai satu platform untuk ahli-ahli UMNO Lama juga ditolak permohonan mereka. Beliau telah menjadi Presiden Semangat 46 sehingga ianya dibubarkan pada 1996. Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. Beliau kini ahli yang paling lama berkhidmat di Parlimen Malaysia diikuti oleh Tun Abdul Taib Mahmud.[2]

Tengku Razaleigh merupakan putera raja dari Kelantan dan merupakan ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid[3] dan juga nenda saudara kepada Sultan Muhammad V.[4]

  1. ^ "What Will Be Will Be". Asiaweek. 30 November 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  2. ^ "Ku Li now longest-serving MP". The Star. 9 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  3. ^ "Ku Li Yakin Konflik Istana Kelantan Akan Berakhir". mStar. 11 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.
  4. ^ "Ku Li: Kelantan Ada Dua Sultan". mStar. 6 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 16 Januari 2021.

Developed by StudentB